Ruang liminal (estetik)
Ruang liminal (estetik)

Ruang liminal (estetik)

Dalam estetika Internet, ruang liminal ialah tempat kosong atau terbiar yang kelihatan seram, suram dan lazimnya di luar realiti. Ruang liminal kebiasaannya merupakan tempat peralihan yang merujuk kepada konsep liminaliti. Kajian dari Journal of Environmental Psychology mengatakan bahawa ruang liminal nampak menakutkan atau pelik kerana ia berada dalam lembah gerun dari segi seni bina dan tempat fizikal. [1] Sebuah rencana dalam Pulse: Journal of Science and Culture telah menyandarkan kegerunan atau kengerian ini kepada tempat biasa yang tidak berada dalam konteks di mana ia biasanya dilihat. [2]Estetika ini menjadi terkenal sejak 2019 susulan sebuah siaran tular di 4chan yang menunjukkan gambar sebuah ruang liminal yang dipanggil The Backrooms. Sejak itu, lebih banyak gambar ruang liminal telah disiarkan di serata Internet, termasuk di Reddit, Twitter dan TikTok.

Rujukan

WikiPedia: Ruang liminal (estetik) https://doi.org/10.1016%2Fj.jenvp.2022.101844 https://www.pulse-journal.org/_files/ugd/b096b2_d3... https://www.forbes.com/health/mind/what-is-liminal... https://www.newyorker.com/culture/rabbit-holes/the... https://www.theatlantic.com/culture/archive/2022/1... https://museemagazine.com/features/2020/11/1/the-c... https://bloody-disgusting.com/editorials/3614536/p... https://web.archive.org/web/20220201130114/https:/... https://happymag.tv/what-are-the-backrooms/ https://www.archdaily.com/996668/why-are-liminal-s...